never mind :(

jauh sekali sangkaan aku..dia telahpun berubah dari seorang yang xtau hargai perempuan kpd mcintai eorang perempuan..tapi entah knp aty aku masih lagi xmengerti, semasa dia sudah menjalin hubungan dgn perempuan tu, dia pernah lagi mengajak kak tasha kapel dengan dia..hairan sungguh..
personaliti berbeza dlm 1 badan kot?hek3..sempat buat lawak..saja nak gembirakan hati

mungkin cinta dia pada aku da hilang.
hilang bersama dengan pergerakan arus masa...xmungkin cintanya yang hanya senipis kulit bawang tu 
masih ada lagi.aku hampa dengan kehendak hati, cinta yang hina nie aku perjuangkan..sedangkan ramai lagi yang hatinya pedih melalui saat getir melebihi aku.

hanya ketabahan yang perlu aku jadikan teman disaat ini..
betulla..dua jiwa yang sudah sebati tidak semudah itu untuk dileraikan.

cinta kembali berputik..


selepas 9 bulan peristiwa peristiwa kecurangan mr T
hari nie aku kembali mengutip sisa-sisa cinta kami...sungguh aku sedikit pun xmampu melupakan cinta aku pada dia. walaupun aku pernah menjalin hubungan cinta dengan seseorang,tapi bertahan 4 bulan saja..sekarang aku membina hunhungan dengan seorang lelaki tapi aku xmampu mencintai dia melebihi cinta pada mr T..dugaan apa kali nie,tiba-tiba cinta yang masih bersisa tu datang kembali..

pejam celik tetap bayangan dia yang muncul..xkeruan aku dibuatnya..pantang bersendirian, aku hilang ingatan pada dunia realiti..sering membayangkan perkara yang kurasa xkan berlaku..
inilah pertama kalinya aku melalui keadaan begini, seandainya dia tahu betapa aku terseksa melalui hari-hari gelap nie.

aku berharap jodoh kami ada :')
berongsi kasih pun aku rela, itulah yang aku mahu saat & tika ini
jahatkah aku ingin mendapatkan dia walaupun aku tahu ada insan yang jugak menyayangi dia?
ya allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui liku-liku yang perlu aku lalui & bagaimana penghujungnya nanti..

*perlu ke aku kecewakan seorang lelaki & seorang wanita demi lelaki yang telah sia-siakan aku???

dugaan apa ya ALLAH


hati mana xterusik saat perhubungan diduga lagi buat kali ke 2..
muncul nya watak-watak lain menggangu hubungan.paling tak dilupa, aku seakan bukan sesiapa dalam jalan cerita tu..bukan pelakon tambahan..bukan jugak watak sampingan.
cukup merobek hati aku sehingga aku putuskan perhubungan buat kali ke 2..

sasau lagi buat kali ke 2..kak tasha la tempat aku bergantung harap untuk menemani aku saat aku ketiadaan semangat..walaupun hubungan telah terputus, aku dgn mr T tetap berhubung tapi jarang sekali...sehinggala aku dengan kak tasha bertemu mata dgn dia di rumah kak tasha pada hari raya aidiladha..sungguh aku xssanggup nak menatap wajahnya..sengaja aku senyum nak menutup sebak di dada..

beberapa bulan yang lepas, kami masih bertemu..sedangkan ketika itu dia sebenarnya sudah pun dimilik wanita lain..terkejut saat aku mengetahui berita tu drpd kak tasha.x sangka dia masih xberubah..ikutkan hati aku nak je bagitau peempuan tu, tp aku xsanggup melihat tangisan atas kecurangan tu sebab aku pernah melaluinya dulu..

aku biarkan mereka berbahagia sendirian..

mulianya hati seorang wanita :)

...CONTINUE

sesunggunya tuhan saja yang tahu betapa aku bersyukur dapat mengenali kak tasha. dia tidak pentingkan diri sendiri, kadangkala dia menangis sendirian di kamar mandi mengenangkan kesedihan di hatinya..apa yang aku banggakan terhadap kak tasha ialah dia mampu menjaga hati orang lain saat hatinya terguris. aku sendiri xmenyangka mr. T sanggup melakukan itu padahal kak tasha cukup sempurna sifat kewanitaannya.paling aku xsangka pada kak tasha, dia xsama seperti wanita lain yang akan berperang habis habisan demi seorang lelaki..dia lain sekali.aku memang respect dia..kata semangat yang dia beri tu seakan mahu aku kembali bersama mr T sedangkan hatinya sendiri meronta-ronta . 

sememangnya lelaki xpernah menghargai wanita & lelaki punca wanita pecah belah sesama sendiri..xdinafikan bukan semua begitu. selama berbulan-bulan kami berhubunng.seakan-akan kak tasha tu jiwa aku sejak hilang mr T.
betapa terlukanya aku saat menghadapi semua tu..hidup seorang wanita dipertaruhkan atas lelaki.
aku juga xmenafikan aku jugak terasa bahang bila berpisah dgn mr.T
seminggu aku xmenghadiri kelas..diri menjadi sasau. menangis atas katil tanpa menghiraukan roomate aku. 
kadana-kadang aku meminta yang pelik-pelik dpd kawan aku semata-mata nak hidup tenang kembali.
ubat tidur,bomoh..semua aku nak kawan aku buat supaya aku lupakan dia..

betapa seksanya saat-saat yang terpaksa dilalui...sejam dirasakan seprti lambat berlalu...bila diingat, aku xmahu lagi melalui detik itu..sangat memedihkan! seriously!

sebulan kemudian, aku masih sama..rinduku sedikit terubat bila aku berpeluang berjumpa mr T lagi di kampung.aku balik semata-mata nak bagi hadiah birthday dia. kak tasha menyokong aku asalkan aku xsedih macam selalu. aku keluar dgn mr T dengan kereta pegi makan-makan..petang tu plak,kami kelua dgn motosikal pusing-pusing pantai..sungguh bahagia bagaikan dunia tu kepunyaan kami..selepas tu, kami kembali bersama..tapi xlama...



how the story begin


assalamualaikum

actually blog ni dah hampir beusia setahun, tapi aku selalu delete apa yang aku taip sebab semua yang aku bina hancur berkecai.. semua lepas aku kenal mr T

kisahnya dulu mr. T nie bercinta dgn kawan aku..kapel olok-olok, paham kan? xpernah jumpa setakat texting je..tu pun seminggu..dlm masa seminggu tu jugak aku kenal mr. T nie sebab dia selalu chat dgn aku tiap pagi & mintak tolong aku kejutkan kawan aku tu..lepas seminggu tu diorang putuskan hubungan sebab kawan aku ni masa tu xsuka serius berhubungan.

aku pun turut diamkan diri dengan keadaan masa tu..beberapa bulan kemudian, aku balik ke kampung. mr T nie seorang anggota polis bertugas dekat satu daerah di terengganu. kebetulan masa tu jugak dia pun bercuti sama. nak dijadikan cerita..1 day aku ditahan anggota UPP dekat area pantai(dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand) so, aku mintak bantuan mr. T tolong aku..anggota UPP tu mmg suka menggatal pun.

lepas tu kami singgah kat pantai..dia berkereta & aku bersama seorang kawan perempuan dengan motosikal..itulah saat & detik pertama pertemuan xdijangka. selepas pertemuan tu kami xberhubung. hampir setahun kemudian barulah aku terasa nak bertanya khabar dari mr. T

mulai ketika itu, aku sering text dengan dia.. mr. T ni dua tahun lagi tua daripada aku. aku begitu rapat dgn dia disebabkan dia yang ada disisi aku di saat aku putus hubungan dengan mr. A.
kehadiran dia mmg membuat aku lupa pada peristiwa hati aku ni kecewa dgn mr. A

pertemuan kali ke 2 ialah ketika bulan jun 5 Jun 2012. masih aku ingat tarikh tu :)
pada malam itu, dia menyatakan na jadikan aku teman dia. memandangkan aku mengenali dia da lama jugak, so aku terima kehadiran dia sebagai pengubat lara di hati. bahagianya saat itu tuhan saja yang tahu.
bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang cukup sempurna di mata aku.

lepas tu dia balik semula ke terengganu..negeri yang penuh sejarah cinta aku & dia. aku pulak balik ke perak meneruskan pengajian. beberapa minggu lepa tu aku pun bercuti ke terengganu..memandangkan aku , aku punyai teman di sana selain mr. T, aku beranikan diri serta gagahkan kaki ke sana sendirian. semua kerana rindu padanya sering bertamu di sudut hati. 12 jam perjalanan aku kesana..melalui kuala lumpur-kuantan-kuala terengganu. perjalanan yang panjang tetapi ku rasa skejap.

4 hari 3 malam aku di terengganu disebabkan kehabisan tiket untuk pulang. pada malam terakhir di stesen bas bandar permaisuri, disitulah bermula detik aku merungkai satu persatu kecurangan yang berlaku di belakang aku. aku terjumpa gambar seorang perempuan memenuhi kad memory blackbery kepunyaan dia.di saat itu dia melarikan diri drpd disoal aku dgn menghidupkan enjin kereta lalu ke kedai berdekatan.
aku mendiamkan diri sehingga berada dalam bas.

jatuhnya airmata aku bila diri rasa tertipu buat kesekian kalinya di tangan seorang lelaki yang prejudis!
dia mengakui perempuan itu cuma teman seklahnya 1 masa dulu. setibanya di perak,aku mulai menyiasat siapakah gerangan perempuan itu.keinginan untuk tahu begitu kuat...x kuduga sekali sangkaan aku benar.perempuan sebaya mr. T ialah kekasihnya yang telahpun membina hubungan dengannya 8bulan yang lalu..juga ex student 1 sekolah dgn aku,jugak sedang belajar dekat perak UPSI.

terjadinya peristiwa tu, maka kami berdua putuskan hubungan dengan mr. T.
lara di hati kami xsiapa yang tahu,masing-masing berkongsi kemarahan di saat diduga sebegitu..kadangkala kami bercerita perkara yang menggembirakan kami iaitu detik indah sepanjang mengenali mr. T
sungguh aku bangga mengenali kak Tasha,perempuan itu bukan perempuan biasa. dia terlalu menjaga hati aku...
CONTINUE....