assalamualaikum
actually blog ni dah hampir beusia setahun, tapi aku selalu delete apa yang aku taip sebab semua yang aku bina hancur berkecai.. semua lepas aku kenal mr T
kisahnya dulu mr. T nie bercinta dgn kawan aku..kapel olok-olok, paham kan? xpernah jumpa setakat texting je..tu pun seminggu..dlm masa seminggu tu jugak aku kenal mr. T nie sebab dia selalu chat dgn aku tiap pagi & mintak tolong aku kejutkan kawan aku tu..lepas seminggu tu diorang putuskan hubungan sebab kawan aku ni masa tu xsuka serius berhubungan.
aku pun turut diamkan diri dengan keadaan masa tu..beberapa bulan kemudian, aku balik ke kampung. mr T nie seorang anggota polis bertugas dekat satu daerah di terengganu. kebetulan masa tu jugak dia pun bercuti sama. nak dijadikan cerita..1 day aku ditahan anggota UPP dekat area pantai(dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand) so, aku mintak bantuan mr. T tolong aku..anggota UPP tu mmg suka menggatal pun.
lepas tu kami singgah kat pantai..dia berkereta & aku bersama seorang kawan perempuan dengan motosikal..itulah saat & detik pertama pertemuan xdijangka. selepas pertemuan tu kami xberhubung. hampir setahun kemudian barulah aku terasa nak bertanya khabar dari mr. T
mulai ketika itu, aku sering text dengan dia.. mr. T ni dua tahun lagi tua daripada aku. aku begitu rapat dgn dia disebabkan dia yang ada disisi aku di saat aku putus hubungan dengan mr. A.
kehadiran dia mmg membuat aku lupa pada peristiwa hati aku ni kecewa dgn mr. A
pertemuan kali ke 2 ialah ketika bulan jun 5 Jun 2012. masih aku ingat tarikh tu :)
pada malam itu, dia menyatakan na jadikan aku teman dia. memandangkan aku mengenali dia da lama jugak, so aku terima kehadiran dia sebagai pengubat lara di hati. bahagianya saat itu tuhan saja yang tahu.
bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang cukup sempurna di mata aku.
lepas tu dia balik semula ke terengganu..negeri yang penuh sejarah cinta aku & dia. aku pulak balik ke perak meneruskan pengajian. beberapa minggu lepa tu aku pun bercuti ke terengganu..memandangkan aku , aku punyai teman di sana selain mr. T, aku beranikan diri serta gagahkan kaki ke sana sendirian. semua kerana rindu padanya sering bertamu di sudut hati. 12 jam perjalanan aku kesana..melalui kuala lumpur-kuantan-kuala terengganu. perjalanan yang panjang tetapi ku rasa skejap.
4 hari 3 malam aku di terengganu disebabkan kehabisan tiket untuk pulang. pada malam terakhir di stesen bas bandar permaisuri, disitulah bermula detik aku merungkai satu persatu kecurangan yang berlaku di belakang aku. aku terjumpa gambar seorang perempuan memenuhi kad memory blackbery kepunyaan dia.di saat itu dia melarikan diri drpd disoal aku dgn menghidupkan enjin kereta lalu ke kedai berdekatan.
aku mendiamkan diri sehingga berada dalam bas.
jatuhnya airmata aku bila diri rasa tertipu buat kesekian kalinya di tangan seorang lelaki yang prejudis!
dia mengakui perempuan itu cuma teman seklahnya 1 masa dulu. setibanya di perak,aku mulai menyiasat siapakah gerangan perempuan itu.keinginan untuk tahu begitu kuat...x kuduga sekali sangkaan aku benar.perempuan sebaya mr. T ialah kekasihnya yang telahpun membina hubungan dengannya 8bulan yang lalu..juga ex student 1 sekolah dgn aku,jugak sedang belajar dekat perak UPSI.
terjadinya peristiwa tu, maka kami berdua putuskan hubungan dengan mr. T.
lara di hati kami xsiapa yang tahu,masing-masing berkongsi kemarahan di saat diduga sebegitu..kadangkala kami bercerita perkara yang menggembirakan kami iaitu detik indah sepanjang mengenali mr. T
sungguh aku bangga mengenali kak Tasha,perempuan itu bukan perempuan biasa. dia terlalu menjaga hati aku...
CONTINUE....